Azlimi Abu Bakar

Lahir pada 12 Februari 1976 di Yan, Kedah Darul Aman. Mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Utara Malaysia. Selain daripada itu beliau juga adalah pemegang Diploma Pendidikan (Keusahawanan) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Berpengalaman luas dalam bidang latihan pembentukan usahawan sejak tahun 2000. Pernah menjadi moderator bagi forum usahawan muda MARA seMalaysia yang berlangsung di Universiti Kuala Lumpur. Pengalaman mengajar sejak 1999 cukup untuk beliau berkongsi pengalaman beliau bersama peserta seminar pembentukan usahawan. Kini beliau menjawat jawatan sebagai Pensyarah Jabatan Pengajian Am (Keusahawanan) di Institut Kemahiran MARA Sungai Petani Kedah.

Leave a comment