Norakmar Rodi

Lahir pada 4 Julai 1985 di Lenggor Perak. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2008. Beliau juga adalah pemegang Diploma Pendidikan (Keusahawanan) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Berpengalaman dalam menguruskan seminar latihan pembentukan usahawan yang dianjurkan oleh The Entrepreneur Creator. Menjadi salah seorang panel dalam seminar pembentukan usahawan tersebut. Beliau juga berpengalaman dalam bidang latihan dan sering dijemput untuk memberi ceramah di institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia. Kini beliau menjawat jawatan sebagai Pensyarah di Jabatan Pengajian Am (Keusahawanan) di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Masjid Tanah Melaka.

Leave a comment