Hartini Binti Mat Nor

Lahir pada 31 Julai 1982 dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Putra Malaysia pada tahun 2004. Selain daripada itu Hartini juga adalah pemegang Diploma Pendidikan (Keusahawanan) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Berpengalaman menjadi ahli panel bagi forum keusahawanan muda MARA 2011 dan 2012. Berjaya melahirkan usahawan daripada kalangan bekas pelajar Institut Kemahiran MARA yang berkaliber khususnya dalam bidang automotif. Berpengalaman mengajar selama 4 tahun memberi bekalan selesa buat Hartini bagi melahirkan usahawan yang berjaya. Kini beliau menjawat jawatan Pensyarah di Jabatan Pengajian Am (Keusahawanan) di Institut Kemahiran MARA Sik Kedah.

Leave a comment