Syarat Kelayakan Permohonan

Namun begitu, para usahawan juga perlulah meneliti terlebih dahulu berkaitan syarat-syarat kelayakan untuk memohon skim-skim yang ditawarkan MARA. Sekiranya ada aman-mana syarat-syarat ini yang tidak dapat dipenuhi oleh pihak pemohon, maka sudah tentu sukar untuk mendapatkan sebarang pembiayaan. Syarat-syarat kelayakan memohon skim-skim MARA adalah seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera

2. Berumur 18 tahun dan keatas

3. Pengalaman atau pengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi

4. Menjalankan perniagaan sepenuh masa

5. Sumbangan modal pemohon 10% daripada kos projek

6. Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa

7. Dapat mengemukakan cagaran/jaminan yang mencukupi

8. Perlu mengikuti Kursus Keusahawanan jika pengalaman dalam bidang yang diceburi kurang daripada 6 bulan

9. Menjalani ujian Psikometri (kecuali Skim SPiKE) Syarat-syarat yang ditetapkan oleh MARA perlu dipenuhi dan dipatuhi bagi memudahkan segala proses pembiayaan.

Apa yang pasti, syarat-syarat ini adalah untuk memastikan para usahawan yang ingin memohon benar-benar bersedia untuk melaksanakan sebarang projek dan perniagaan apabila permohonan pembiayaan telah diluluskan.

Leave a comment