Eida Rahayu Razak

Lahir pada 21 Ogos 1980 di Kota Sarang Semut, Alor Star Kedah Darul Aman. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa daripada Universiti Utara Malaysia pada tahun 2004. Beliau juga adalah pemegang Diploma Pendidikan (Keusahawanan) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Berpengalaman menguruskan seminar pembentukan usahawan MARA serta menjadi penceramah jemputan dalam salah satu slot seminar tersebut. Komitmen yang ditunjukkan beliau telah mengangkat beliau sebagai Penerima Anugerah Pekerja Cemerlang 2010 diatas sumbangan beliau melahirkan usahawan bumiputera yang berjaya. Kini beliau menjawat jawatan selaku Pensyarah Jabatan Pengajian Am (Keusahawanan) Institut Kemahiran MARA Alor Setar Kedah Darul Aman.

Leave a comment